Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan
Jenis-Jenis Keputihan
Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.
Sifat
|
Keputihan Fisiologis
|
Keputihan Patologis
|
---|---|---|
Bentuk | Lendir yang cair dan tidak melekat | Lendir yang kental dan melekat |
Warna | Berwarna putih atau krim | Berwarna kuning atau kelabu atau hijau |
Bau | Tiada bau | Berbau busuk |
Jumlah yang dikeluarkan | Sedikit | Banyak |
Kekerapan | Semasa subur dan sebelum haid | Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj |
Petanda lain | Tidak gatal | Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang |
Rawatan | Tidak perlu | Perlu rawatan yang segera |
Ciri-ciri Perbezaan Keputihan Fisiologis dan Patologis
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?
- Faktor KebersihanKebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
- Faktor HormonGangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
- Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
- Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
- Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
- Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
- Faktor Gaya HidupGaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
- Faktor KesihatanWanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
(sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/kesihatan-reproduktif/penyakit-keputihan)
Ramai kaum wanita yang mengambil mudah masalah keputihan ini. Jika anda biarkan macam tu je, mungkin nanti akan bertambah teruk dan melarat.
Alfalfa Complex merupakan produk Shaklee yang sering dicadangkan bagi masalah keputihan wanita. Ini adalah disebabkan oleh sifatnya yang anti kulat. Ramai yang telah mencuba dan merasai perbezaannya termasuk saya sendiri!!
Alfalfa Complex
Retail Price: RM 53.75/330 biji & RM 97.50/700 biji.
Nak tau bagaimana nak dapatkan Alfalfa dengan harga yang lebih murah?? Mudah je..hubungi saya melalui:
email: khairunnisa6360@gmail.com
WhatsApp: 018-6699723
Your trusted and Reliable SID,
Nissa Zack
SID1115798
No comments:
Post a Comment